Autumn Korea November 2016 - Day 2



Autumn Korea November 2016 - Day 1 -----> disini

Day 2 
3 November 2016 (Khamis)

Assalamualaikum...

Hari ini sepatutnya ikut plan asal akan ke Nami Island tapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan kitaorang decide tukar plan ke Mount Seorak ari ni (kitaorang akan check cuaca di accuweather dlu sebelum kemana-mana) .. Aku mmg tak sangka boleh pegi berdua jer hanya berbekalkan info dari blogger-blogger yang pernah kesini.. terima kasih sgt pada info-info yang kitaorang dpt dari blog2 korang sbb mmg tak sesat langsung.. yeaayy!! i likkeee... perjalanan ke Sokcho agak jauh juga.. Perjalanan pegi balik sahaja dah hampir 6 jam..  Sokcho nie terletak di luar Seoul, so mmg aku tak sangka dapat jejak ke sini.. excited wei.. pepagi dah bangun sbb kena keluar awal untuk naik bas.. almaklumlah perjalanan jauh kan.. 

Sokcho - Mount Seorak

Hoehyeon Station (Line 4) - Dongdaemun History Culture Park Station (Line 4) - Gangbyeon Station (Line 2) Exit belah kanan. 


Keluar dari station subway kena lintas ke seberang untuk ke Dong Seoul Bus Terminal. Masuk ke terminal bus cari kaunter tiket ke Sokcho. Jenuh aku  nak baca setiap tulisan kat papan tanda kaunter.. dalam papan tanda yang besar tuh aku kena baca satu-satu nak cari tulisan Sokcho.. hahahaha.. jenuh wei.. Nak jadi citer ada sorang ahjumma tegur... kot agaknya dia nampak kitaorang terkial-kial baca papan tanda atas kaunter tiket tuh.. hahahaha.. dia tegur dalam bahasa korea (hangul).. so aku ckp jer lah Sokcho..Sokcho.. pastu dia ckp lagik dalam bahasa ibunda dia.. aku layankan ajerler.. dia tunjuk ke kaunter yang lagi 1 bertentangan dengan tempat kitaorang diri tadi.. kat situ ada 2 kaunter.. ko mmg akan konpius sbb aku rasa papan tanda dua kaunter tuh mcm sama jerk.. hahahahah.. ahjumma nie tolong setelkan dengan budak kaunter tiket tuh..pas kitaorang bayar tiket dia still ckp2 lagik dalam bahasa dia.. baik + peramah ahjumma nie.. huhuhu.. setel dah bab tiket.. 

Dong Seoul Bus Terminal
Sekitar tempat tunggu bas



Bas kitaorang gerak dalam 8.10 pagi.. disebabkan perjalanan yang agak lama so apa lagi buat taik mata ler dalam bas tuh.. hahahaha.. bas hanya berhenti sekali jer di hentian rehat (aku tak pasti apa nama hentian tuh) untuk sesiapa yang nak lepaskan hajat / beli makanan.. Sampai di Sokcho Intercity Bus Terminal, kitaorang jalan keluar terminal untuk ke bus stop depan terminal tuh.. untuk ke Mount Seorak perlu ambil bas 7-1... harga tiket bas tak silap dalam 1200 won, kitaorang bayar cash tak guna T-Money.. Masa dkt bus stop ada sorang minah nie tgh tggu gak sorang2.. adik aku ckp naik bas sama ngan kitaorang td dr Seoul.. cara dia nampak macam tourist.. dia tegur kitaorang dlu, citer punya citer rupanya tourist dari Philippine, Grace namanya.. dia lone ranger nak ke Mount Seorak sbb cousin dia akan sampai malam nanti.. apa lagi kitaorang ajak dia join sekali ke sana.. Perjalanan dari terminal bus Sokcho tu dalam setengah jam jugaklah.. tapi aku rasa best sgt sbb suasana dan pemandangan baru tak rasa lama pun perjalanan dari Seoul tadi.. mata aku nie tak berkedip tengok sekitar Sokcho.. 

Bas akan berhenti jauh sikit dari pintu gerbang Mount Seorak tuh.. Kitaorang menapak sikit untuk beli tiket masuk yang berharga 3500 won. Then jalan ke dpn untuk naik cable car.. tiket cable car harga dalam 10,000 won. Tiket cable car kena beli dulu sbb ada time yang korang kena follow.. bukan beli tiket terus ko boleh naik cable car tuh tau.. Kitaorang punya time naik cable car ada dalam 1 jam jugaklah nak menunggu.. sempat si Grace nie pegi makan... sementara tunggu dia makan, kitaorang bergambarlah sekitar bangunan cable car tuh.. kitaorang mmg tak makan pun sbb ada info dari blogger kata kat situ makanan tak halal.. punyalah gigih aku bawak bekal dari guesthouse tapi sampai ke sudah tak makan.. punyalah seronok berjalan sampai tak ingat nak makan.. bekal tuh bawak pegi balik jer.. hahahahaha.. ngek betul arr.. 

Dah naik cable car untuk ke atas, kena panjat tangga plak tuk sampai ke puncak.. Ramai jugak orang dekat atas nie rupanya walaupun bukan hari weekend.. Yang aku teruja tgk kanak-kanak/ baby pun ada naik ke Mount Seorak.. kecik-kecik dah didedahkan aktiviti hiking.. bagus betul.. aku nak panjat tangga mencungap2 tarik nafas.. aku tgk si Grace ngan adik aku kemain laju gigih naik tangga.. semput wei nak panjat tangga yg banyak tuh.. hahahaha.. dah hampir nak ke puncak, cuma tinggal batu2 yang ko kena panjat sendiri untuk sampai ke atas.. view kat bwh mmg awesome apatah lagi kalau kat atas sana kan.. adik aku sebelum sampai sini siap ckp takmo naik ke atas tuh, tapi biler dah sampai sendiri kat atas nie, dia yang laju jerk nak memanjat... hahahaha.. aku cuak2 jugak sbb angin punya ler kencang.. kuat betul sampai badan aku rasa mcm nak jatuh jerk.. dari takut2 cuak sampai gak kat atas.. perggghhh giler cantik view atas nie.. nampak bandar Sokcho di kejauhan sana.. rugi ler kalau tak naik tapi mmg kena careful, sbb sekali angin lintang datang mmg aku rasa mcm ditolak-tolak.. mcm2 aksi setiap kali angin lintang tuh dtg.. terkekek2 kitaorang.. mana taknya... kejap2 menonggeng, kejap2 terduduk, kejap2 mencangkung.. takut punya pasal.. hahaahahaha.. uuwaaaa rindunyaaaa moment itu... Mmg sekejap betul masa bila duk kat atas nie, sbb view sungguh awesome/daebak/haul/fantastic.. rasanya dalam sejam lebih gak sbb tangan aku sampai kebas2 nak pegang kamera/hphone dah susah.. hahahahaha.. kalau ikutkan org duk atas nie tak lebih 30 minit tapi kitaorang tak perasan dah duk lama.. sampai rasa tangan kebas baru reti nak turun ke bawah.. ngeh..ngeh...ngeh... ;-)  boleh jengah blog adik aku untuk lebih gambar trip nie ----> disini

Masa on the way nak turun ke bawah Grace ajak jalan2 sekitar temple yang ada dkt bawah nie.. tapi tak lama pun ikut Grace jalan2 kat area bawah nie sbb kitaorang dah nak gerak ke Seoul semula.. maklumlah perjalanan balik ke Seoul makan masa yg lama gak kan.. Kitaorang plan nak singgah Myeongdong dulu sebelum balik ke guesthouse.. so nak balik pergi semula dkt bus stop masa turun tadi.. kebetulan masa kitaorg keluar dari pintu gerbang Mount Seorak tuh, dah nampak bas no. 7-1, cepat2 kitaorang lari.. kang nak tunggu next bus baper lama pulak kan.. turun semula di Sokcho Intercity Bus Terminal dan beli tiket ke Seoul. 


view dalam bas ke Mount Seorak...



Pintu Gerbang masuk ke Mount Seourak


Harga dan Jadual Cable Car



View dari dalam cable car














Gift shop bersebelahan patung buddha

pokok nie mmg berebut-rebut orang nak bergambar.. aku amik dari jauh je ler.. 




Myeongdong

Gangbyeon Station (Line 2) - Dongdaemun History Culture Park (Line 4) - Myeongdong Station (Line 4) 

Dah sampai Myeongdong hilang betul penat siang tadi.. hahahaha.. mau taknya, mata ko dijamu dengan barang-barang kosmetik, butik fesyen-fesyen trendy, aksesori-aksesori unik.. juling biji mata aku.. hahahaha.. tapi malam nie kita survey2 walaupun ada lah satu dua barang aku rembat sbb tak boleh nak sabar tunggu esok.. :p
Selesai jalan2 sekitar Myeongdong kitaorang gerak balik ke guesthouse untuk berehat.. tak sabar nak tunggu plan esok.. 

Malam ke-2 nie badan aku dah boleh adapt dengan cuaca kat sini.. maklumlah selalu badan hangat2 jerk bila dkt Msia.. dkt sini mmg ko tak rasa panas pun, nyaman jer cuaca siang malam.. so nak berjalan siang hari mmg selamba jerlah ko jalan dengan cuaca terik2 takde masalah arr.. belah malam jer agak sejuk jugak bagi aku.. mmg tak mampu aku nak hadap kalau bercuti time winter.. huhuhu..






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Produk Kecantikan Yang Menyusahkan..

Autumn Korea November 2016 - Day 1

Bijak Atur Masa demi Rumah tangga dan Kerjaya